Pages

Kawan-kawan

Saturday, 6 April 2013

RINGKASAN MANIFESTO ATAU AKUJANJI BN PRU 13.


"Saya mohon maaf kalau ada ketidak sempurnaan selama ini, kerana kita manusia biasa. Namun kita berjanji untuk membaiki demi Malaysia, demi bumi bertuah, demi anak cucu kita."

Itulah kata-kata terakhir ucapan President BN semasa melancarkan AKUJANJI BN dihadapan lebih 50 ribu penyokong BN yang hadir di stadium tertutup Bukit Jalil malam tadi. Beliau berjanji bahawa AKUJANJI ini adalah janji-janji BN jika masih diberi peluang dan mandat oleh rakyat untuk meneruskan pentadbiran negara pada penggal yang akan datang.

Bagi Pembangkang, MANIFESTO adalah bukan janji. Habis tu manifesto tu untuk apa??? Hanya untuk menyedapkan telinga rakyat bila berkempen???

Najib juga mengingatkan kepada semua bahawa beliau dalam tempoh berkhidmat dalam politik selama 37 tahun, pernah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri. Dalam tempoh itu, beliau tidak pernah mengkhianati pemimpin di atasnya kerana itu merupakan prinsip apabila berkerajaan dan berpesatuan. Ingatan itu juga sebenarnya secara tersirat bahawa pemimpin lain dalam BN juga perlu akur dan taat kepada kepimpinan sedia ada. Sekarang ini musuh kita adalah pembangkang laknatullah!!!!!

Isi penting AKUJANJI BN PRU 13

CIRI-CIRI UTAMA:
BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

*112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

*Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

*Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

*Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

*Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

*BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

*Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

*Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

*Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

*1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

*Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

*Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

*Membina Lebuh raya Pan Borneo.

*Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

*Sekolah satu sesi diperluaskan.

*Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

*Transformasi sekolah vokasional.

*4,000 anggota Polis setiap tahun.

*Penggunaan SafeCam.

*Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.





No comments :

Post a Comment

AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...