Pages

Kawan-kawan

Saturday, 19 January 2013

KALIMAH ALLAH - DAP TUNJUKKAN SIAPA HERO SEBENAR DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

Karpal Singh mahu Hadi Awang kaji pendirian Majlis Syura Pas

PULAU PINANG 19 Jan. - Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Katanya, perkara itu bertujuan untuk memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan yang telah dicapai pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.

Tegasnya, beliau berharap agar pendirian Pas terhadap isu kalimah berkenaan tidak bercanggah dengan pendirian pakatan.

"Perkara ini penting supaya Majlis Syura Ulama Pas menetapkan pendirian yang sama dengan pakatan dan kita berharap Abdul Hadi dapat menentukan perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu apabila diminta mengulas mengenai tindakan Guan Eng yang cuba mengelak daripada mengulas pendirian Majlis Syuara Ulama Pas, Karpal berkata, tindakan itu menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebenarnya tidak menukar pendirian yang dibuat.





3 comments :

  1. pas tercekik dan terdesak serupa cacing kepaasan..Apakah isu ini akan menghancurkan pas dalam pakatan serupa angkatan perpaduan ummah dulu -APU.

    ReplyDelete
  2. jangan sampai islam yang ramai bilangannya tertindas oleh kristian yang minoriti di malaysia.

    ReplyDelete
  3. haram mengundi pas, pkr dan dap

    ReplyDelete

AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...