Pages

Kawan-kawan

Saturday, 12 January 2013

HIMPUNAN SAMSIDAR - DUIT KUTIPAN HILANG?




Tradisi mengaut duit rakyat tetap tidak berubah walau apa pun nama perhimpunan yang dibuat oleh pakatan haram. Baik ceramah politik, demostrasi jalanan atau perhimpunan haram serta rapat umum untuk mana-mana pilihanraya kecil. Tong sedekah wajib ada. Semuanya kerana selagi Pas wujud bersama dalam program itu maka S.O.P untuk kaut duit rakyat tetap ada.



Yang berbeza hanya nama tabung yang kononnya dilancarkan ketika itu. Ada tabung Memali untuk keluarga Memali yang kononnya nak bantu balu dan anak yatim yang kematian bapa ketika tragedi itu berlaku. Ada tabung jihad yang dikutip semasa ceramah memfitnah UMNO BN dan ada juga Tabung kononnya untuk PRU. Semuanya pembohongan dan penipuan semata-mata.

Kemana hilangnya duit Tabung Memali ?
Kemana dihalakan duit sedekah setiap kali ceramah di seluruh Malaysia kononnya untuk jihad ?
Kemana duit kutipan 'adhock' yang dipungut ketika pilihanraya kecil ?

Jumlah sebenar duit kutipan pun tidak pernah diisytiharkan selama ini setiap kali habis program. 




Terbaru, semalam Himpunan Sokong Shamsidar yang dibuat dalam Stadium Merdeka dan dianggarkan kehadiran peserta demo haram melebihi 50 ribu orang. Berapa kutipan yang dapat ? Tak mungkin Rm500 sahaja dengan kehadiran manusia yang sebegitu ramai.

Untuk apa duit ini dikutip ? 
Adakah untuk bayar bil Hotel mewah yang digunakan oleh pemimpin besar mereka bersama ahli keluarga?
Adakah untuk membayar bil perjalanan pemimpin negeri yang datang dari seluruh negara ?
Apakah penceramah yang datang berceramah juga kenakan bayaran ?

Bagaimana dengan kekecohan pembayaran upah yang berlaku di kedai makan di Kg Baru ketika malam Chegu Bard berceramah, klik di SINI.

Bagaimana dengan kumpulan Chegu Bard yang pergi ke gerai-gerai penjaja dan meminta bayaran sewa tapak sempena malam ceramah beliau ? Klik di SINI anda dapat lihat gambar mereka menadah minta bayaran dari penjaja pasar malam yang hasilnya tak seberapa. Kemana duit kutipan ini pergi ?

Khabarnya duit upah untuk setiap peserta sudah disedikan oleh penganjur. Klik di SINI dan anda akan dapat lihat gambar yang berjaya dirakam oleh rakan MI.

Gambar di bawah adalah mangsa yang ditipu? yang dijanjikan upah tapi segalanya hanya tinggal janji. Pemimpin datang tidur di hotel 5 bintang tetapi pengikut tidur sedemikian rupa.

No comments :

Post a Comment

AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...