Pages

Kawan-kawan

TERIMA KASIH ALLAH

Monday, 17 September 2012

DICAMPAK DARI TINGKAT 3, BUKAN DOSA BAYI TERSEBUT!



 

Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,".

Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu.

Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.

* korang rasa, apa hukuman yang harus dikenakan terhadap suspek?

 

1 comment:

AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...