OLEH: HJ MOHAMMED NATA
Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Pertanian Lojing
Semua maklumat yang dibentangkan adalah daripada maklumat pembentangan bertajuk ~ Aktiviti Yang Memerlukan Laporan EIA Berkaitan Aktiviti Pembersihan dan Penebangan Hutan (Forest Clearing and Forest Conversion) oleh Pn Halimah Hassan, Ketua Pengarah Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan pada 5 Ogos 2012 di Sutra Inn, Kota Bharu.
Gambar-gambar telah diambil pada bulan Jun 2012 dan mendapati isu-isu pelaksanaan dan kawalan pencemaran alam sekitar masih serius.
LAPORAN
Pembersihan dan penebangan hutan banyak tertumpu di Jajahan Gua Musang, khususnya di Kawasan Tanah Tinggi Lojing. 24 projek pembangunan sedang dilaksanakan tertakluk kepada penyediaan Laporan EIA, di mana 10 telah diluluskan Laporan EIA, manakala 14 belum mendapat kelulusan EIA.
Pembersihan dan penebangan hutan banyak tertumpu di Jajahan Gua Musang, khususnya di Kawasan Tanah Tinggi Lojing. 24 projek pembangunan sedang dilaksanakan tertakluk kepada penyediaan Laporan EIA, di mana 10 telah diluluskan Laporan EIA, manakala 14 belum mendapat kelulusan EIA.
Projek yang diusahakan ialah penanaman sayur, buah-buahan / dusun dan penanaman bunga. Projek pembangunan pula seperti institusi, perniagaan dan pusat latihan.
Hasil penelitian mendapati 5 projek tidak mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA dan telah menyebabkan pencemaran. Tindakan mahkamah telah diambil dan dikenakan denda. 9 pemaju projek telah dan sedang diambil tindakan mahkamah kerana telah melaksanakan pembangunan projek tanpa mendapat kelulusan laporan EIA.
ISU-ISU PERLAKSANAAN DAN KAWALAN
Pembukaan kawasan yang tidak dirancang dan penggondolan bukit yang ditinggalkan selepas aktiviti pengeluaran balak bagi kawasan projek pertanian dan pembangunan lain mengakibatkan hakisan dan kelodakan serius kepada kualiti Sungai Belatop serta menyebabkan kejadian-kejadian tanah runtuh.
Pembukaan kawasan yang tidak dirancang dan penggondolan bukit yang ditinggalkan selepas aktiviti pengeluaran balak bagi kawasan projek pertanian dan pembangunan lain mengakibatkan hakisan dan kelodakan serius kepada kualiti Sungai Belatop serta menyebabkan kejadian-kejadian tanah runtuh.
- Pembinaan jalan-jalan masuk (access road) tanpa kawalan dan terdedah kepada hakisan dan kejadian tanah runtuh;
- Kerja-kerja tanah tidak mengambil kira had rizab sungai sekurang-kurangnya 10 meter dan mengakibatkan pengaliran kelodak yang mencemarkan sungai;
- Aktiiviti pertanian dan pembangunan yang dijalankan tiada langkah kawalan pencemaran yang berkesan;
- Pihak syarikat, terutamanya di kawasan tanah berimilik, menolak pokok-pokok kecil dengan menggunakan jentera berat dalam memajukan kawasan
- Perancangan pembangunan tanah didapati dilakukan dengan tidak teratur;
- Peneresan bukit dengan menggunakan jentera-jentera berat dibuat melebihi 25 darjah dan kebanyakan kawasan kerja terdedah tanpa tanaman tutup bumi;
- Kerja tanah juga melibatkan aktiviti pemotongan bukit atau penggondolan bukit melebihi ketinggian 1,000 meter dari aras laut;
- Pembuangan sisa pertanian dan beg-beg plastik ke tebing dan ke dalam sungai menyebabkan pencemaran sungai;
- Pengusaha tanaman pertanian bersepadu tidak mengamalkan amalan pertanian yang terbaik bagi menjaga alam sekitar;
![]() |
| Tapak Projek Acomax |
![]() |
| Tapak Projek All Green (PT5160) |
![]() |
Pembukaan Tanah di Tapak Projek ( Masih Belum Mengemukakan Laporan EIA ) |
![]() |
| Tapak Penanaman Strawberi di Sg Leadlad |
![]() |
| Lori Pemaju Membuang Sisa Pertanian ke Cerun |
![]() |
| Sisa Pertanian Mencemari Cerun |
![]() |
| Pencemaran Sungai Belatop (a) |
![]() |
| Pencemaran Sungai Belatop (b) |
![]() |
| Pencemaran Sungai Belatop (c) |
Pembangunan pertanian adalah satu keperluan semulajadi manusia. Tanah pertanian perlu ditambah berkadaran dengan pertambahan populasi. Walaupun begitu, dalam merencanakan pembangunan pertanian konsep kelestarian perlu diseimbangkan. Kelestarian pertanian merujuk pembangunan pertanian yang mengambil kira faktor alam sekitar dan pembangunan mampan yang terancang.
Islam menekankan kemurkaan Allah swt terhadap pembangunan yang merosakkan alam sekitar.
Selaras dengan surah Ar-Rum ayat 41,
![]() |
| Surah Ar Ruum (Ayat 41) |
...Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Pembangunan yang pesat di tanah tinggi Lojing, Gua Musang bakal mengundang bala Allah swt. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah ialah melestarikan alam bukan memusnah dan membinasakan alam.












1Malaysia semua...
ReplyDeleteDaripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.
Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.
Kalau berminat, sila layari :
(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld
(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com
( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)
Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.
Belum cuba belum tahu, selamat melabur.