Pages

Kawan-kawan

Tuesday, 24 July 2012

DARI PENIAGA JALANAN, HINGGA USAHAWAN BERJAYA - Ep.2 : Sekinchan Ikan Bakar dan Kontroversi!!!

Episod dua 

Sambungan dari penulisan semalam

Untuk entri episod kedua, aku nak berkongsi secara santai sahaja. Tak kurang 50 orang menghubungi aku melalui inbox memberitahu aku tak sesuai menulis dengan gaya bahasa yang formal dan berat. Menyukarkan pembacaan. Iyolah... aku tak rajin berblogging seperti nama-nama sohor macam AAKJ, Papagomo, RBF, HSE PK dan lain-lain..( takkan nak aku senaraikan...bila nak bercerita?)

Sambungan dari entri semalam:

Sekinchan Ikan Bakar

Setelah kejayaan demi kejayaan digapai insan bernama Jamal Md Yunos ini, imbauan nostalgia jerih payah yang dilalui sewaktu beliau mula-mula berniaga seawal usia 10 tahun di Pasar Sekinchan menerjah. Beliau begitu berhasrat membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di kampung asal tempat kelahiran beliau, Sekinchan.


Dengan penglibatan beliau dalam bidang restoran dan makanan menerusi pembukaan restoran sekinchan Ikan Bakar. Beliau telah dapat mengalakkan industri tanaman serai oleh penduduk setempat. Hampir 2 tan serai diborong oleh beliau sehari dalam menghasilkan ramuan rencah ikan bakar. Dato Jamal juga membantu dalam memberikan wang pendahuluan kepada pengusaha tanaman serai sebagai satu galakan kepada mereka.


Dengan kemajuan dari penerimaan orang ramai terhadap resepi restoran Sekinchan Ikan Bakar, Dato Jamal telah berjaya membuka sebanyak 20 buah cawangannya yang lain di seluruh Malaysia. Sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada lebih 700 orang pekerja, yang kebanyakannya adalah orang Melayu.



Begitulah hebatnya identiti yang dibawa seorang anak melayu, Dato Jamal; yang tampil membela nasib anak-anak Melayu yang lain.

Sebagai selingan dari cerita kejayaan beliau, terdapat kumpulan anak-anak yatim mengadu nasib dengan beliau.Anak-anak yatim ini asalnya datang ke Sekinchan Ikan Bakar mengadu rumah mereka yang diwakafkan telah dirampas.Simpati dengan nasib yang dialami mereka, atas rasa tanggungjawab sesama bangsa dan agama, keberadaan yang beliau kecapi hasil dari rezeki Allah Taala, tidak mengekang beliau dari membantu tangan-tangan yang memerlukan. 

Tidak timbul soal kedekut, tamak atau haloba pada beliau kerana Dato Jamal percaya dengan yakin, yakni "Rezeki Allah itu Luas untuk diKongsi". Beliau telah begitu bermurah hati menyerahkan rumah beliau di Sungai Buloh untuk dijadikan Rumah Anak Yatim Al Amin yang kini mempunyai lebih kurang 80 orang penghuni.

Dipandang sebagai insan yang berkemampuan yang suka menghulurkan bantuan, beliau dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab mencari dan mengumpulkan dana untuk pembedahan adik Fakrul Razi yang menghidap kanser hati.

SubhanAllah,..ya Allah, Engkau berkatilah insan ini.
_____________________________________________________________________________

Nama Dato Jamal semakin dikenali kian hari...ramai usahawan dan peniaga kecil mengangkatnya sebagai ikon usahawan bumiputera yang berjaya. Dato Jamal sendiri juga telah mengambil pendekatan untuk aktif dalam NGO yang membantu golongan usahawan dan peniaga-peniaga kecil. Dalam berkongsi pandangan dan kisah hidupnya, beliau juga ikut serta untuk menjadi pembela kepada usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga kecil yang ditindas.
Datuk Jamal Md Yunus menyaksikan tuntutan gantirugi ekoran perhimpunan Bershit 3
Kontroversi mula melanda apabila sememangnya 'ada pihak' yang tidak menyenangi perbuatan Dato Jamal yang dilihat sebagai pembela nasib usahawan dan anak-anak Melayu. Namun beliau tekad dengan iltizamnya akan terus membantu golongan-golongan ini, kerana beliau mahu melihat usahawan anak Melayu menguasai semula bidang ekonomi supaya setaraf dengan bangsa-bangsa lain yang mendominasi ruang perniagaan di Malaysia dan tidak ditindas niat pihak yang tidak bertanggungjawab.
______________________________________________________________________________

Bersambung lagi...

Esok : Episod Tiga -  DARI PENIAGA JALANAN, HINGGA USAHAWAN BERJAYA - Ep.3 : Onak Ranjau Gelombang Bisa.

Biasalah, bila ada HERO mesti ada orang JAHAT.. cerita TAMIL selalu macam tu..- PaperWaris

1 comment :

AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...