Pages

Kawan-kawan

Friday, 13 January 2012

PUSAT KARAOKE BACHOK, KELANTAN DI SERBU! KELANTAN ADA KARAOKE JUGAK KE?

BACHOK 13 Jan. – Kegiatan sebuah premis di Kampung Kubang Golok yang menjalankan aktiviti karaoke haram dengan berselindung di sebalik papan tanda ‘Nick Resort’ di pintu masuknya terbongkar apabila diserbu polis awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dengan dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah pukul 2 pagi itu turut menahan 29 pengunjung dan dua pekerja premis tersebut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis itu yang asalnya sebuah resort telah mengubah suai menjadi pusat karaoke sejak setahun lalu.

“Polis turut merampas pelbagai jenis peralatan set karaoke di dalam lima buah bilik di situ yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM50,000.

“Kesemua pengunjung ditahan untuk diambil keterangan dan kami turut melakukan ujian air kencing untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita selepas serbuan tersebut di sini.

Jelas beliau, operasi pusat karaoke itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Kerajaan Negeri Kelantan, manakala jika ada ditahan positif dadah, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ab. Rahim berkata, pihaknya kini mengesan pemilik pusat karaoke itu yang tiada di premisnya ketika serbuan.

Katanya, ini merupakan serbuan kedua ke atas premis itu setelah dikesan menjadi pusat karaoke, namun pengurusan beroperasi semula.

“Operasi itu terganggu pada mulanya apabila ada pihak memadam kesemua lampu di pusat tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran polis,” katanya. – UTUSAN

20 comments :

  1. bro, nak tegur sikit..kalau boleh jangan attach gambar2 lucah..ni hanya membuatkan orang semakin menjauhi BN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pro umno peduli apa..... mereka rela org benci umno namun meninggalkan lucah tidak sekali2.

      hidup mati umno mesti melucah. umno dan lucah berpisah tiada.

      apabila suah sebati lucah dan umno maka buatlah apa saja, tidak akan dipedulikan sehinggalah...........

      izrail mencabut nyawa nya.

      Delete
  2. setuju dgn shah.xnak nnt org ckp yg bkn2x.

    ReplyDelete
  3. aetuju jugak.kita dlm proses nak tarik smula sokongan kepada UMNO.insyallah pru 13 DAA dan beberapa dun kita tawan

    ReplyDelete
  4. TUMBANGKAN UMNO PILIHANRAYA INI

    UMNO PERASUAH MUSUH NEGARA

    NAJIB TAKUT BINI

    BN = BANKRAP NEGARA

    HANCUR NEGARA INI KALAU SEPENGGAL LAGI JADI PM

    Di Bawah Pentadbiran Najib, Hutang Negara Cecah RM437 Billion 4 Oktober, 2011 - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini. “Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion,” kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini.

    Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara.

    Kadar itu, katanya, jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara. “Kadar hutang isi rumah pula mencecah RM577 bilion iaitu 77 peratus dari KDNK berbanding pada 1997 hanya 33 peratus dari KDNK. "Maknanya di bawah menteri kewangan yang secara kebetulan semuanya perdana menteri sebelum 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih hingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun,’ katanya.

    Keadaan itu, kata Anwar, diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. “Defisit negara diunjurkan mencecah 6 peratus bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2 peratus seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh,” kata Anwar.
    Ketika membentangkan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat di parlimen hari ini, Anwar berkata ia bertujuan untuk membantu rakyat mengharungi hidup yang semakin terhimpit. Pakatan memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan berkenaan melibatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion dari perbelanjaan kerajaan BN. Ia menumpukan usaha mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada KDNK tahun ini.

    Kamu ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh tak tahu halal haram? Tak tahu hukum?

    Gagal Menjadi MB, akhirnya Hasan Ali meroyan bagaikan orang gila

    Pakatan Rakyat akan halalkan seks rambang kata Hasan Ali

    AGAK memeranjatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan Ali seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (Akhbar propaganda Umno).

    Hasan Ali yang kononnya membawa imej pejuang Islam sebenar itu, tanpa rasa bersalah melemparkan fitnah kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan.

    Kamu ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh tak tahu halal haram? Tak tahu hukum?

    Kesian melihat gelagat Hasan Ali, tak sangka akhirnya beliau meroyan bagaikan orang gila gara-gara hampa kerana gagal menggapai cita-cita mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

    Kalau ye pun nak menipu, takkanlah sampai tuduh orang nak halalkan seks rambang dan hubungan sejenis itu bangang namanya kah kah kah...

    Konon nak buat gelombang kuasa ketiga. Tapi hasut orang supaya jangan sokong Pakatan Rakyat. Patut kalau "kuasa ketiga" cakaplah pada rakyat jangan sokong Barisan Nasional juga.

    Ini bukan kuasa ketiga, ini namanya kontraktor propaganda upahan United Malays No Otak kah kah kah...

    ReJaM© "Ingat rakyat Malaysia ni kambeng ke nak halalkan seks rambang? "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerajaan umno pimpinan Dato' Najib banyak hutang, ade menyusahkan rakyat ke? Ada dia potong gaji kau? Bagi senangkan rakyat dan rakyat dpt byk imbuhan adalah, sedarlah diri sikit.....Umno the best.....

      Delete
    2. senang sekarang? anak2 kita masa akan datang macam mana? aku ni gaji around 3k sebulan duduk di KL, nak tanggung anak ngan bini sorang pun rasa azab. harga barang semua naik. belum lagi dengan harga rumah yang bagai nak gila. siapa mampu nak beli rumah 500k kt KL?

      Kalau hutang negara meningkat, nilai matawang akan susut. So tak guna naik gaji pun kalau harga barang naik melebihi kenaikan gaji. Ini lah dilemma kebanyakan negara dunia sekarang. Malaysia pun nak ikut jugak? Silakan kalau nak tengok anak-anak Melayu makin miskin dan melihat anak-anak Cina dan India makin kaya.

      Konsep kapitalis yang menambahkan kekayaan pada golongan yang kaya. Tengok negara dah ada macam-macam sekarang. Shopping complex bercambah. Tambah kaya pada siapa? Ada ke shopping complex kepunyaan Melayu? Jauh sekali jika dibandingkan dengan kelantan. walau pada zahirnya rakyat kelantan susah, tapi pada hakikatnya ekonomi kelantan dikuasai oleh orang Melayu yang kaya-raya.

      Delete
    3. cakap serupa bikin2 October 2012 11:32

      Tak jugak.Kelantan tu negeri 90% Melayu,itu pasal ekonomi Melayu pegang.Tapi kedai2 besar terutama supermarket,shopping2 mall,cina punya jugak.Lagi satu k'tan mengamalkan dasar tertutup,seluruh negeri adalah rezab Melayu,jadi tanah2 cina susah nak beli.Itu pun tak tahu ke?

      Lagi satu kalau taknak berhutang boleh,tapi ekonomi takleh meningkat pasal tak ada duit nak rolling macam kelantan.Hutang memang sikit tapi ekonomi stuck tak jalan melainkan ekonomi kecil2an.

      Contoh mudah kalau kau nak bisnes tapi takde modal,macamna kau nak start bisnes kalau tak buat loan?OK,kau taknak hutang,boleh juga buat bisnes tapi setakat jual burger bolehlah atau jual goreng pisang atau jual keropok lekor.Faham?

      Delete
  5. Oleh kerana negara banyak hutang aku cadangkan pembangkang jangan bertanding dlm pru 13 dan 14. Lepas pru 15 bila negara dah habis hutang baru le boleh bertandung.CANTEEEEEK.
    Mungkin ada yg kata aku ni samseng...tapi ok lah Nik Aziz pernah kata Tuhan pun samseng

    ReplyDelete
  6. kenapa letak gambar mcm ni?? ape kene mengene ngn cerita?? xyahla letak gamba2 lucah.. memalukanla admin.. aduss.. -___-"

    ReplyDelete
  7. HUtang tu adalah hutang isi rumah termasok yang cakap tu sekali, bodoh...

    ReplyDelete
  8. hoi REJAM ko dah kaji ke apa yang bapak pembelit(Anwar Ibrahim) tu ucapkan. kalau benarlah hutang tu, Malaysia hutang apa? kenapa perlunya hutang tu? kau tau tak pasal proses pentadbiran? jangan dengar pas tu trus amik bulat2 itu BODOH namanya. aku sendiri tak percaya kalau ko kata ko beli rumah dan kereta semua bayar CASH. dah tentu ko pun terpaksa HUTANG! kan

    ReplyDelete
  9. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete
  10. Kalau hutang banyak sangat tak usahlah sibuk2 nak ambil alih negara. Nanti dok bayar hutang saja bila memerentah. Biar BN terus memerentah dan teruskan apa yang dibuat sekarang kalau dah takut sangat hutang tu.

    ReplyDelete
  11. memang tak dinafikan lagi umno dan lucah bagai kuku aur dgn tebing.tak dapat dipisahkan...dekat bachok ni kawasan adik awang (yg dulu belagak nak jadi MB kelantan bawah BN). ini perkampungan terpencil, klu berlaku dlm bandar Kota Baharu tu lain lah jugak. tp kaji selidik dulu lah sebelum nak perbesarkan isu ni. Bagi maklumat tepat sikit. ini tidak, nak burukan kerajaan kelantan jer.. Yang pemimpin2 umno tu duk buat konsert joget,maksiat tu tak nak nmpak pulak. itu lg teruk,pemimpin sendiri yg anjurkan.semoga admin dibuka pintu hati utk menilai nye.bukan nilai dgn nafsu politik!!

    ReplyDelete
  12. 'Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
    Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.' Tun Mahadzir.....

    ReplyDelete
  13. Melayu sama melayu jangan gaduh lah.Kedua-duanya kembali kepada ajaran islam sebenar.Kalau kedua-duanya memperjuangkan islam mari kita besatu tegakkan islam dan perkukuhkan ikatan ummah.Bangsa lain bangga tengok kita bercelaru sesama sendiri, itu yang mereka harapkan. Melayu perlu insaf dan sedar apa yang menghimpit kita.Bangsa lain tak bergaduh pun macam kita. Ayuh melayu dan orang islam sedarlah agenda bangsa-bangsa lain.

    ReplyDelete
  14. Tempat awang adek....kantoi!!!bodo punya fitnah.

    ReplyDelete
  15. Saya sokong bloggers UMNO plss jangan nk tarik pembaca dgn letak pic lucah, matlamat tidak menghalalkan cara. Jangn tiru PAS yg melacorkan Islam utk dptkan kuasa!

    Insya Allah BN UMNO akan menang PRU13. Hancurlah parti2 perosak PR laknat! PAS pula sudah rosak dgn Syiah+Wahabi+Pluralism.. akibt suka kafirkan org lain skrg PAS sudah hancur.

    ReplyDelete
  16. bergaduh la cmne pn.. ..sbnrnye sume xnmpk kn...nabi pernah mintak 3 perkara pada ALLAH S.W.T...tetapi tidak dimakbulkan...cuba cari apa 3 perkara tu..renungkan sejauh yg mungkin

    ReplyDelete

AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...