Pages

Kawan-kawan

Wednesday, 30 November 2011

UCAPAN PRESIDEN UMNO BUAT PEMBANGKANG GILABABI

Mantap dan bertenaga dan itulah yang boleh Gomo nyatakan akan ucapan oleh Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak pagi tadi bersempena Perhimpunan Agong UMNO kali ke 62 yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur.

Banyak maksud mendalam yang khas ditujukan buat orang Melayu agar ingat kembali akan sejarah perjuangan nenek moyang kita dalam mempertahankan Tanah Melayu ini. Malah tidak kurang kata kata pedas buat mereka yang sedang cuba menggugat kemakmuran tanah air ini.

Papagomo

PAKATAN TAIK DAH BENGKAK TELUR DERRRRRRRRR


ORANG MUDA SOKONG BN?

Lissa Surihani di PERSIDANGAN AGONG UMNO?

Tiba-tiba ramai budak-budak PKR tel gua der, bila diorang dapat tahu artis pun sokong UMNO. Rupanya PKR PAS kuat sex juga!!! Gua ketawa guling-guling masuk bawah meja der.... Diorang mintak borang UMNO!!! muahaaaaaaaa

Pb: Ubat sex banyak promote dalam HARAKAH!

Tuesday, 29 November 2011

TEK UCAPAN PENUH TIMB PRESIDENT UMNO



TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO



-----------

“MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA: SUATU JIHAD”

-----------
DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2011



Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita

YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin
Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.

1. ​Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

2.​ Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan. Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:

Bulat Air kerana Pembetung
Bulat Manusia kerana Muafakat
Kata seia kata sepakat
Setuju sependirian setuju sependapat
Kata dibulati kata bertepati
Janji termeteri, kejayaan dinikmati

3.​Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan ‘Auz dan Khazraj.

4. Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

Kuasa Politik Melayu Goyah, Fitnah Terhadap UMNO

Saudara dan Saudari Sekalian,

5.​Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihanraya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan lanskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional kehilangan majoriti dua per tiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen BN tidak sekuat dahulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

6.​Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na’uzubillahi min zalik.

7.​Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa. Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallāha ma’ana.

8.​Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

Tembelang Pembangkang

9. Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

10.​Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

11.​Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

12.​Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

13.​Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

14.​Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

15.​Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera.

16.​Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

17.​Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka. Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

18.​Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

19.​Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dahulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS.

Saudara dan Saudari Sekalian,

20.​Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

21.​Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi lanskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

22.​Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

23.​Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.

24.​Walau apa pun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

25.​Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

Keresahan Melayu

Saudara dan Saudari Sekalian,

26.​Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan Bumiputera jika apa sahaja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif?

27.​Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan Islam?

28.​Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dahulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

UMNO Adalah Jawapan Kepada Keresahan Melayu

29. ​Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

30.​Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif.

31.​Terkini, YAB Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi Bumiputera.

32.​Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam kehidupan.

33.​Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-‘adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama kita.

34.​UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita.

35.​Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى
ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬اۗ

Yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

36.​Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ianya bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr menyebutkan إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ yang memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syi’ar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

37.​Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan lapangan.

38.​Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum. UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP.

Pilihanraya Umum Ke-13

Saudara dan Saudari Sekalian,

39.​Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihanraya umum ke-13 adalah ibu segala pilihanraya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

40.​Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri?Jawapannya tentu sekali tidak.

41.​Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerakerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap.

42.​Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!

43.​Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

44. Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju Negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

45.​Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihanraya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihanraya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

46.​Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka.

47.​Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO.

48.​Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan ‘mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihanraya. Ingat, pilihanraya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihanraya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

49.​Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan.

50. Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu. UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَاۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

Yang bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

51.​Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ianya akan menentukan kemenangan kita.

52.​Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

53.​Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.


Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.

54.​Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.

55.​Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011.


Nadi Rakyat News


SESUAI KE BUKU INI DI PERSIDANGAN UMNO?

Bila masuk sahaja PWTC, gua ada terserempak dengan beberapa awek yang tengah posing dengan buku buku yang mereka jual.

Cuma yang menjadi tandatanya kepada gua der, pasal buku tu ada gambar Rosmah besar SANGAT? Perlukah buku seperti ini di jual di Persidangan UMNO?

Pb: pikir sendiri la derrr


Sunday, 27 November 2011

"BLITZKRIEG", STRATEGI YANG MENGEJUT DAN BERTALU-TALU OLEH ANWAR- BAHAYA UTK KERAJAAN

Strategi `blitzkrieg' Anwar-bahaya untuk BN,kerajaan boleh tumbang!

Oleh: sanggahtokjanggut

Anwar rela apa saja!
PEMBANGKANG cukup banyak helahnya dan jangan sesekali Barisan Nasional ataupun kerajaan menganggap tindakan pembangkang sejak akhir-akhir ini membayangkan mereka ketandusan isu,kosong atau tiada tujuan dan mereka ketika ini menyusun strategi dengan cukup rapi dan kalau silap percaturan ataupun kegagalan UMNO untuk menyerap tindakan mereka ini, UMNO dan BN akan terus ketinggalan dan hilang segala-galanya.
Sebelum ini mereka telah berjaya menjadikan Badan Kehakiman,SPRM,institusi Raja-Raja Melayu dan berbagai-bagai lagi badan berkanun dicemuh dan diperlekehkan rakyat,sasaran mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti,mereka akan lebih memberikan tekanan demi tekanan sehingga UMNO dan BN terkial-kial untuk menepis segala fitnah yang mereka rekayasakan.
BN jangan sesekali menganggap serangan demi serangan,portal-protal yang pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Malaysian Chronicle, Free Malaysia Today dan lain lain lagi terhadap banyak isu kebelakangan ini sebagai serangan desperate, kosong atau tidak bertujuan.
BN terlalu bodoh kalau mereka menganggap begitu kerana Anwar ada pakar-pakar strategi politik yang menyusun gerakan-gerakan politk untuk dilihat mendahului UMNO dan BN.Mereka ini adalah agen-agen pengkhianat yang sangat berpengalaman dan lahir dari UMNO sendiri yang sentiasa akttif mencari kesilapan UMNO dan kerajaan yang mereka boleh manipulasikan untuk membantu politik pembangkang. Kita jangan sesekali menganggap mereka sudah bangkrap isu untuk diketengahkan.
Salah satu strategi mereka yang cukup berjaya adalah memastikan UMNO dan BN sentiasa bersikap bertahan ataupun defensive hingga kepimpinan UMNo dan kerajaan terpaksa menjawab banyak isu yang mereka bangkitkan dan kita harus percaya mereka akan sentiasa membangkitkan segala jenis isu untuk memastikan Barisan Nasional atapun kerajaan dalam keadaan kelam kabut untuk menjawab segala yang mereka rekayasakan.
Barisan Nasional dilihat gagal menangani isu-isu yang ditimbulkan pembangkang kerana kebanyakan mereka yang sepatutnya ke depan mempertahankan parti tidak efektif,mereka tiada bahan baru dan sudut pandang yang luas untuk menyanggah segala isu-isu yang pembangkang mainkan dan sebab itulah mereka ini dilihat menggelabah tidak tentu arah, Ini kejayaan pembangkang! Dan kerana pembangkang sedar,Barisan Nasional tiada keupayaan itu,mereka akan terus menyerang dan memaksa Barisan Nasional bertahan dan terus bertahan.
Lihat bagaimana mereka menyerang Shahrizat dalam isu National Fedlot (NFC) dengan mengelirukan rakyat seolah-olah Shahrizat terlibat dalam projek tersebut sedangkan NFC adalah dibawah kendalian suaminya tetapi Barisan Nasional lupa,seorang kakitangan Cina DAP berkerja sebagai akuantan di syarikat itu yang dipecat oleh anak Shahrizat kerena menyeleweng lebih RM1 juta Ringgit.Semua data dan perincian ada di tangan Cina DAP ini dan kenapa UMNO terikut dengan rentak yang pembangkang mainkan?
Kita percaya bukan sahaja isu NFC ini akan dimanipulasikan oleh pembangkang malah ada 35 lagi isu besar yang sedang diteliti oleh pakar-pakar strategi yang Anwar lantik termasuklah isu Kedai Rakyat 1Malaysia yang membuatkan kita lupa bagaimana isu ini dimainkan oleh DAP bagi menjaga kepentingan kaum Cina dan paling hampir isu yang bakal mereka mainkan untuk mengelirukan rakyat adalah isu Zahid Hamidi yang menaiki pesawat persendirian.
Kita lihat nanti bagaimana isu ini direkayasakan sebagai fitnah semau-maunya oleh pembangkang hingga UMNO terpaksa berdepan dengan serangan terbaru ini dan ini pun tujuan sebenar pembangkang.Soal betul atau tidak,itu soal kedua kerana yang paling penting rakyat harus terus dikelirukan.
Seperti kata Anwar, pembangkang akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun negeri yang mereka menang seperti Selangor,kedah,Kelantan dan Pulau Pinang.Percayalah dalam mahu mempertahankan kemenangan ini mereka akan berusaha untuk mencari segala silap kepimpinan sebelum ini seperti projek Science Park di Selangor dan menyerang isteri Noh Omar yang mereka dakwa ketika ini memiliki beberapa bidang tanah di Shah Alam.

Rakyat lupa akaun Swiss Bank Nurul!
Ini semua cuma sedikit dan di peringkat pengatur strategi media Anwar,semua isu dan fitnah yang mereka kumpulkan ini tidak akan dilambak secara sekaligus. Ianya akan di guna secara berkala dan berperingkat- peringkat. Mereka guna pendekatan "blitzkrieg iaitu Lightning war “ yang cepat dan akan menyebabkan UMNO,kerajaan dan Barisan Nasional terpaksa bertahan hingga rakyat lebih banyak melihat kesalahan UMNO dari kejayaan parti itu membangunkan rakyat dan Negara.
Setakat ini taktik fitnah mereka ini sedikit mencapai kejayaan dan ditambah lagi dengan suasana orang dan pemimpin UMNO sendiri membuka pekung dan menunjuk-nunjuk kemewahan dan terlibat dengan tamak maka ianya akan memberikan lagi banyak modal kepada pembangkang untuk mereka menyerang kerajaan.
Sebagaimana ketika ini PKR menyerang Johor,fokus serangan politik mereka bertali temali dan berkemungkinan adalah Pulau Pinang dan Kedah. Percayalah dan kita yakin mereka akan menyerang mantan Menteri Besar Kedah sebelum ini iaitu Mahdzir Khalid dan semua orang yang rapat dengan mantan Menteri Besar ini. Banyak data sedang mereka kumpul selalunya data sebegini datang dari orang UMNO sendiri dan segala yang mereka kumpulkan itu akan dilambak satu demi satu menjelang Pilihanraya Umum nanti.
Anwar mahukan blitzkrieg ini dijayakan sepenuhnya bagi menutup isu moral beliau yang terpaksa beliau hadapi ketika ini.Sehingga ke hari ini, mana ada rakyat yang bercakap soal anwar meliwat,melanggan pelacur Cina? Sebaliknya sekarang Isu lembu hingga ke kondo lebih menjadi bual bicara orang termasuklah di kalangan UMNO. Keadaan ini cukup merbahaya dan UMNO,kerajaan serta Barisan Nasional terus diserang kerana kurang efektif ataupun idea baru untuk menyanggah segala yang pembangkang tohmahkan.

R.Azmi kawan baik di MCKK
Rakyat juga tidak didedahkan punca kematian sebenar penyanyi R.Azmi dan penyanyi ini mati kerana sakit apa kerana beliau juga adalah lepas daripada Kolej Melayu Kuala Kangsar,rakyat hari ini tidak tahu pun misteri di sebalik kematian penyanyi ini.KMKK atau MCKK ini cukup sinonim dengan Anwar Ibrahim.

Kita juga tenggelam dengan kelicikan Kalimullah yang sentiasa Berjaya melindungi dirinya daripada ditohmah sedanngkan ada sumber yang mendakwa bahawa beliau adalah Penasihat Ekonomi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dan kita seperti melupakan bahawa seorang bekas Ketua Polis Negara mendedahkan bahawa Kalimullah ini adalah agen asing dan kita tidak pernah tahu siapakah yanfg rekomen Kalimullah untuk bertugas sebagai Setiusaha Ghafar Baba (Tun) dan orang yang mengatur stratgei ini adalah Anwar Ibrahim.
Tapi sehingga hari ini Kalimullah dan sekutunya diberikan layanan serta peluang perniagaan cukup besar dan disnilah kelemahan UMNO yang paling nyata,gagal mengenal musuh dalam selimut.Orang yang seharusnya bertanggungjawab menelanjangi segala kepincangan pembangkang ini masih lena diulit intan.

Cara yang Anwar mainkan dengan pakar-pakar yang dilantiknya cukup hebat hingga rakyat terlupa bagaimana anaknya Nurul Izzah mempunyai akaun di Bank Swiss,rakyat boleh jadi lupa usaha Anwar yang mahukan Malaysia ini kucar kacir sama seperti yang berlaku di Mesir ataupun Libya,rakyat seperti besekongkol dengan Anwar yang berusaha untuk kali terbarunya menyerang Negara dan Badan Kehakiman di Indonesia.Rakyat jadi buta kerana kesilapan UMNO.

Bukan sahaja kepimpinan UMNO dan kerajaan, rakyat juga harus sedar dan sentiasa diberikan kesedaran tentang apa yang didedahkan dalam youtube yang menceritakan bagaimana USA dan MOSSAD memainkan peranan untuk menggunakan orang-orang Islam dan rakyat sendiri untuk mencapai objektif jahat mereka.

Paling ketara sehingga ke hari ini UMNO masih seronok berperang sesama sendiri.Melondehkan antara satu sama lain sedangkan pembangkang sudah mula menyusup masuk ke setiap penjuru gelanggang politik.Menunggu masa UMNO lalai sepenuhnya dan ketika itulah baru mereka sedar,mereka sudah hilang segala-galanya.Kita tunggu dan lihat bagaimana aksi sarkas mereka ini dalam Perhimpunan Agung nanti.

Ehsan: sanggahtokjanggut

Pb: mantap der.... Celakalah Anwar !!!!

ANWAR MENGAKU LIWAT SECARA TIDAK SEDAR DARI KANDANG TERTUDUH


Kes Liwat II : Ada ‘Benda Menarik’ Dalam Hujah Bela Diri Anwar..
AIDCNews – 26/11/11

“Buat pertama kali mendengar keterangan dari kandang tertuduh, saya tidak tahu sama ada keterangan tersebut satu ceramah politik atau komentari. Saya perlu membuat sedikit penyelidikan bagi mencari jalan untuk menyoal balas Datuk Seri Anwar kerana terdapat beberapa perkara yang dinyatakan dan saya amat teringin untuk menyoal balasnya atas isu terbabit,” kata Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden , sejurus selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membacakan keterangan ‘bela diri’ dari Kandang Tertuduh, 22 Ogos 2011.

Terdahulu, pada awal prosiding, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menjelaskan kepada Anwar mengenai tiga pilihan dalam memberikan keterangan bela dirinya.

“Datuk Seri ada tiga pilihan, (pertama) memberi keterangan dari kandang saksi yang mana pendakwaan boleh menyoal balas.

“Kedua, memberi keterangan dari kandang tempat Datuk Seri berada sekarang (tertuduh) dan pendakwaan tidak boleh soal balas tetapi mahkamah akan ambil kira bahawa pendakwaan tidak boleh soal balas.

“Ketiga, Datuk Seri boleh berdiam diri dan kalau berdiam diri mahkamah terpaksa membuat keputusan. Saya difahamkan Datuk Seri hendak beri keterangan dari ‘kandang tertuduh’ tersebut,” ujarnya yang dijawab ‘ya’ oleh Anwar.

Tindakan Anwar memilih keterangan dari Kandang Tertuduh disifatkan bacul dan penakut oleh bekas peguam bela kes liwat I, YB Datuk Zulkifli Noordin.

Anwar yang selama ini sering melaung-laungkan konsep lawan tetap lawan, ketelusan dan keadilan, tetapi memilih pendekatan sebaliknya, apabila beliau menutup ruang pasukan pendakwa menyoal balasnya untuk menguji sejauh manakah kebenaran tuduhan-tuduhannya.

“Kerana ia tidak dibuat melalui sumpah, tertuduh (yakni Anwar) langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh mahkamah.

“Kalau bahasa kasarnya, tertuduh sekadar baca kenyataan syok sendiri. Perumpamaannya macam burung kakak tua bercakap, atau lebih canggih lagi, macam pasang CD saja dalam mahkamah.

“Hakim tidak akan mencatat sebutir apa pun yang dicakapkan oleh tertuduh sebab tiada nilai perundangan”, kata Zulkifli.

Anwar memberi keterangannya dengan membacakan pernyataan bertaip setebal 32 muka surat, kira-kira satu jam 45 minit mulai 9.50 pagi dan seperti kebiasaan, menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran yang diselang seli dengan bidalan Latin dan kata-kata falsafah dari Nelson Mandela (bekas Presiden Afrika Selatan), Jean Racine (penyair agung Perancis) dan Shakespeare (penyair besar Inggeris),

Secara keseluruhan seperti dirumuskan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof, konsep ‘bela diri’ Anwar lari dari konsep perundangan yang memerlukan fakta yang tepat, ringkas dan menjawab persoalan, dan bukannya ucapan bombastik yang tidak berfakta yang memasukkan unsur retorik, emosi, luahan kemarahan, tuduhan semborono dan unsur simpati persis ceramah politik.

Kadang Tertuduh

Pada awalnya, Anwar mengambarkan dirinya seorang yang berani yang mahu memberi keterangan dari ‘Kandang Saksi’ iaitu melibatkan acara bersumpah dan disoal balas oleh pihak pendakwa, namun beliau menukar pendirian saat-saat akhir memberi keterangan dari ‘Kandang Tertuduh’ dengan alasan perkembangan terbaru yang tidak berpihak kepadanya.

“Keputusan Yang Arif itu memaksa saya untuk tidak memberi keterangan secara bersumpah. Saya tegaskan sesungguhnya saya telah bersedia dan sanggup memberikan keterangan bersumpah, akan tetapi kecacatan yang dipaksakan ke atas saya, di mana tatacara Yang Arif mengendalikan perbicaraan ini dan bagaimana penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Julai 2011 yang telah sampai ke pengetahuan Yang Arif berkenaan perkara yang telah saya nyatakan sebelum ini.

“Apakah munasabah untuk saya memberi keterangan bersumpah apabila Timbalan Pendakwa Raya memiliki penghakiman yang sama yang boleh digunakan terhadap saya dalam pemeriksaan balas?, kata Anwar memberi justifikasi kenapa beliau tidak mahu memberi keterangan di kandang saksi.

Mahkamah Rayuan Sebut Anwar Berperibadi Buruk

Dalam keterangannya, Anwar menyebut keputusan Mahkamah Rayuan secara lisan pada 6 Julai 2011 yang disusuli dengan keputusan bertulis 11 Ogos 2011 mengambarkan dirinya sebagai seorang yang berperibadian buruk.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu hakim Dato’ Hasan Bin Lah, hakim Dato’ Hj Abdul Malik Bin Haji Ishak, dan
Dato’ Haji Ahmad Bin Maarop, bersidang untuk mendengar permohonan Anwar untuk melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah daripada mendengar kesnya.

Ini merupakan permohonan kali ketika yang dilakukan Anwar untuk menggugurkan hakim Mohd Zabidin.

Dalam keputusan secara sebulat suara itu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan hakim dan turut menolak permohonan seterusnya dari Ketua Umum PKR itu untuk menangguhkan keterangan bela dirinya sementara menunggu rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan.

Anwar tidak berpuas hati dengan kenyataan bertulis salah seorang Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Malik bertarikh 11 Ogos 2011 dan disampaikan kepada peguamnya, Karpal Singh pada 15 Ogos 2011.

Keputusan penghakiman Abdul Malik pada perenggan 5, 6, 15, 18, 50, dan 75 disifatkan Anwar sebagai menyerang peribadinya dan disifatkannya satu percubaan menggambarkan dirinya seorang yang berperibadi buruk.

Kenyataan bertulis hakim Abdul Malik pada perenggan-perenggan tersebut adalah seperti berikut:

[5] Kes ini akan tercatat dalam sejarah. Ia akan tersenarai sebagai satu-satunya kes di dalam negara kita atau dalam lingkungan negara-negara Komanwel di mana perayu selaku tertuduh (yakni Anwar) secara berterusan dan konsisten memfailkan satu demi satu permohonan untuk menggugurkan hakim perbicaraan daripada terus mendengar dan menyambungkan pendengaran perbicaraan liwat yang sedang berlangsung.
[6] Si perayu seolah-olah mencuba sedaya upaya melengahkan perbicaraan kes liwatnya atas alasan yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri, ini mengecewakan pihak pendakwa dan menimbulkan kejengkelan masyarakat awam.
[15] Ia merupakan suatu kritikan yang tidak munasabah [terhadap hakim yang arif] bermaksud untuk menipu dan mengelirukan masyarakat awam. Adalah mudah untuk mengkritik tetapi sentiasa sukar untuk mewajarkan.
[18] Adalah amat sukar untuk kami menerima Notis Usulan yang difailkan berdasarkan kepercayaan tulen bahawa hakim perbicaraan bersikap tidak adil terhadap perayu.

[49] Pertuduhan diperihalkan secara jelas apa yang dilakukan perayu kepada Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan (SP1).
[50] Perbicaraan ini dilengah-lengahkan tanpa kewajaran. Ia mendapat liputan luas media.
[75] Permohonan penarikan diri yang disebut di dalam Notis Usul mengambil kira perbicaraan panjang yang dan memperlihatkan muslihat si perayu di setiap sudut dan sisi dalam usahanya untuk menjejaskan perjalanan kes perbicaraan jenayah pihak perayu bagi suatu kesalahan meliwat SP1. Kes ini adalah ibu kepada semua perbicaraan di Malaysia.
“Seperti yang dirujuk sebelumnya dalam kenyataan ini, Yang Arif pastinya berpeluang membaca penghakiman ini setelah ia diedarkan melalui surat bertarikh 11 Ogos 2011.

“Ini bermakna Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak mendakwa saya sebagai berperibadi buruk“, katanya.

Mengaku Bersama Saiful di Unit 1151

Tindakan Anwar membaca semula keterangan-keterangan, Mohd Saiful di mahkamah, tanpa penafian mengukuhkan lagi kredibel keterangan pengadu yang menjadi saksi utama kes liwat tersebut.

Kata Anwar; “Pengadu (Mohd Saiful) menyatakan dalam keterangannya pada 26 Jun, 2008, beliau tiba di Kondominium Desa Damansara pada jam 2:45 petang untuk membincangkan urusan kerja dan menyerahkan dokumen yang dikirimkan Ibrahim Yaakob (Ketua Staf saya) kepada saya.

“Katanya lagi dia memberhentikan vannya di pos keselamatan dan menyebut nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal kondominium sebelum dibenarkan masuk.

“Dia meletakkan kenderaannya dan mengambil lif untuk ke Unit 11-5-1 di mana saya dikatakan berada di meja makan di ruang tamu. Dia mengatakan bahawa dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Beliau memberitahu mahkamah tentang bagaimana kesatnya saya meminta seks.

Kenyataan semula apa yang diperkatakan Mohd Saiful dalam mahkamah, tanpa bantahan itu mengesahkan pengakuan Anwar bahawa beliau berada bersama-sama pengadu di Unit 1151 seperti tarikh, masa dan tempat yang dituduh di mahkamah.

Anwar tidak pertikaikan aspek tarikh, masa dan tempat, tetapi yang dipertikaikan adalah aspek psikologi dan menyoal kembali kenapakah Mohd Saiful tidak melarikan diri daripadanya.

“Apabila disoal, beliau menjawab bahawa SP1 (Mohd Saiful) merasa marah dan takut dan tidak bersedia untuk melakukannya, akan tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur.

“Perlu diperhatikan pada peringkat ini pengadu boleh, berdasarkan pengakuannya sendiri ketika pemeriksaan utama, (dia boleh) meninggalkan bilik (unit 1151) kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk mengunci pintu dari dalam.

Anwar juga turut mengesahkan tidak ada saksi lain, selain mereka berdua dalam bilik Unit 1151 itu, tetapi mengunakan logik aqal berdasarkan teori lari dan faktor usia untuk menafikan berlakunya aktiviti seks luar tabie itu.

Teori kemampuan untuk melarikan diri yang sering diulang-ulang dan faktor usia tidak kukuh untuk menafikan berlakunya aktiviti seks luar tabie, jika dibandingkan dengan bukti saintifik penemuan air mani milik Anwar dalam lubang dubur pengadu.

Manakala aspek ‘ketakutan’ yang cuba ditekankan oleh Anwar hanyalah aspek psikologi yang abstrak yang tidak disokong oleh bukti saintifik.

“Dia juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk ke bilik tidur dan bahawa dia masuk kerana takut. Bahkan di peringkat ini, pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walau bagaimanapun dia tidak berbuat demikian.

“Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.

Alasannya kerana beliau takut. Namun alasan tersebut itu bertentangan dengan segala fakta. Beliau adalah seorang lelaki di awal dua puluhan, enam kaki, mempunyai fizikal yang sihat serta cergas…(selebihnya Anwar memburuk-buruk Saiful dengan dakwaan di luar skop pertuduhan)….Manakala saya seorang lelaki berusia 60 tahun, mempunyai sejarah kecederaan belakang dan telah menjalani pembedahan belakang yang besar dan juga tidak memegang apa-apa posisi kuasa”, katanya.

Bahan Pelincir

Walaupun pada satu peringkat, Anwar cuba menafikan berlakunya aktiviti seks, dengan hujah-hujah logik aqal, namun dalam masa sama, beliau turut mengakui perlakuan seks itu berlaku dengan mengesahkan wujudnya bahan pelincir (KY Jelly).

Keterangan Anwar saling kontradik antara satu sama lain yang disifatkan oleh portal Asia Sentinel sebagai ‘Bercakap Terlalu Banyak‘, hingga tanpa disedari membuat pengakuan berlakunya aktiviti seks luar tabie tersebut.

“Ketika pemeriksaan balas, bukti penting yang berikut telah didapatkan daripada pengadu. Beliau mengakui bahawa dia membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak menggunakannya .

“Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah menyakitkan dan kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran dalam bukti-bukti perubatan oleh pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau koyakan.

“Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau memberi keterangan bahawa dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya“, katanya.

Hujah tiada koyakan di dubur pengadu dijawab Anwar sendiri dengan menyebut berkenaan penggunaan ‘alat pelincir’.

Empat doktor pakar yang memeriksa pengadu dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan walaupun tanpa koyakan, penetrasi aktiviti seks berlaku dengan penemuan bukti penting iaitu air mani, milik Anwar dalam lubang dubur pengadu. Klik di sini

Hujah Anwar tentang kelewatan Mohd Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan tidak kukuh kerana ia merupakan merupakan alasan berdasarkan logik dan bergantung kepada pilihan pengadu untuk membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan sama ada cepat atau lewat.

Pujukan Anwar

Berkenaan dengan dakwaan Anwar mengatakan Mohd Saiful menghadiri program parti dan program AIC (AnwarIbrahimClub), selepas kejadian liwat itu, telah pun dijawab secara terperinci oleh pengadu dalam mahkamah sebelum ini.

Mohd Saiful dalam keterangannya memberitahu bahawa pada 27 Jun 2008 (Jumaat), dia telah menghantar notis berhenti kerja melalui email kepada Anwar.

Tidak lama selepas itu, katanya, Anwar telah menelefonnya dan bercakap dengan nada marah yang tidak bersetuju dengan hasratnya itu untuk meletak jawatan dan mengarahkan pengadu untuk datang berjumpanya dengan kadar segera.

Dalam pertemuan secara bersemuka di pejabat Seksyen 16, PJ, kata pengadu, Anwar telah mengunakan kaedah psikologi, iaitu marah, tunjuk kekesalan, tawarkan janji dan memujuknya supaya tidak meletakkan jawatan.

Anwar telah menawarkan janji akan menajanya melanjutkan pelajaran di mana sahaja dengan gaji dan elauan penuh.

Mohd Saiful mengakui, dia ‘malu alah’ dengan pujukan dan tawaran Anwar itu, jadi ketika itu, dia terpaksa bersetuju, walaupun hati kecilnya menyatakan dia sudah tidak lagi berminat dengan Ketua Pembangkang itu.


Kali terakhir Mohd Saiful bersama Anwar, hadir dalam pertemuan AIC di rumah Anwar, petang 27 Jun 2008

Pada sebelah petang 27 Jun 2008, Anwar turut menjemput Mohd Saiful hadir dalam majlis Kelab Anwar Ibrahim (AIC) yang diadakan di rumah kediaman peribadinya, di No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur).
Itulah kali terakhir Mohd Saiful menghadiri program yang berkaitan dengan Anwar kerana pada sebelah malam 27 Jun 2008, pengadu bersama kawan baiknya, Mohd Rahimi telah menemui Senator Ezam Mohd Nor dan pada keesokan harinya, 28 Jun 2008, pengadu membuat laporan polis diliwat oleh Anwar. Klik di sini

Fakta yang dikemukakan pengadu di mahkamah turut disokong dengan pengakuan bersumpah Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar, individu yang ‘kunci’, kemasukan Mohd Saiful bekerja dengan Anwar di pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, Petaling Jaya.

Pengakuan bersumpah Rahimi membongkar fakta-fakta sebenar berkenaan latar belakang kes liwat II tersebut. Klik di sini

Kredibel Saiful

Berdasarkan kenyataan Anwar di atas, secara keseluruhannya hujah-hujah bela dirinya gagal untuk melemahkan kredibel keterangan Mohd Saiful, bahkan keterangan bela diri tertuduh itu lebih mengukuhkan kredebiliti hujah pengadu.

Anwar memarahi Hakim Mohd Zabidin kerana mempercayai keterangan pengadu sebagai kredibel dan boleh dipercayai yang menjadi asas kepada keputusan hakim untuk mengarahkan Anwar membela diri.

“Yang Arif (hakim Mohd Zabidin) sepatutnya hanya memutuskan keabsahan keterangan akan siapakah yang bercakap benar pada saat penggulungan pembelaan, di mana saya dijangka akan memberi keterangan secara bersumpah”, kata Anwar, namun apabila Anwar diberi peluang membela diri, beliau sendiri gagal membuktikan dirinya di pihak benar apabila memilih beri keterangan secara tidak bersumpah dan tidak boleh disoal balas (keterangan dari kandang tertuduh).

Sedangkan pengadu memilih memberi keterangan dari kandang saksi, dengan bersumpah dan memberi peluang yang luas kepada barisan peguam bela Anwar untuk menyoal balasnya. Klik di sini

Selain Anwar yang lebih cenderung untuk mengesahkan berlakunya aktiviti seks berasaskan faktor suka sama suka, hanya seorang sahaja saksi pembela, Mohd Najwan Halimi ditampilkan untuk melunturkan kredibiliti pengadu.

Namun, Mohd Najwan juga gagal melemahkan kredibiliti Mohd Saiful, malah menjadi liabiti kepada Anwar, apabila saksinya itu mengesahkan bahawa pengadu adalah pekerja kepada Anwar.

Sebelum ini, Anwar pernah menafikan pengadu adalah staffnya, malah turut menafikan mengenali pemuda itu, namun keterangan Najwan yang kini merupakan staff Anwar di pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor menafikan kenyataan Ketua Umum PKR sebelum ini dan mengesahkan Anwar adalah majikan kepada pengadu.Klik di sini dan sini

Mengaku Tiada Alibi

Sebelum ini, Anwar mewar-warkan kepada jentera partinya, bahawa sekurang-kurang tiga individu, iaitu Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem (bekas Pengarah Eksekutif MIER), dan pasangan suami isteri pemilik kondominium itu, Hassanuddin Abd. Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid bakal ditampilkan sebagai alibinya.

Namun semasa bela diri, Anwar secara tersirat memberitahu bahawa beliau sebenarnya tidak ada alibi.

Alasan ‘ganguan polis’ terhadap ‘alibi-alibinya’ tidak cukup kukuh untuk membuktikan beliau memiliki alibi.

“Malah pemilik unit 11-5-2, Haji Hasanuddin Abd Hamid telah diganggu secara berterusan di mana kenyataan beliau telah dirakam selama tiga puluh jam.

“Perkara ini dijelaskan apabila beliau telah ditemubual oleh para peguam di hadapan saya. Siasatan polis telah dengan sengaja merencat pembelaan saya”, katanya.

Anwar mengalihkan topik kepada seorang pembantu rumah Hassanuddin, Fitria yang gagal ditemui polis, seolah-olah sebagai saksi alibi, sedangkan seorang lagi pembantu rumah pemilik kondo itu, Suliati yang bersedia dipanggil memberi keterangan digugurkan pada saat akhir.

“Ianya suatu persendaan tatkala pihak pendakwaan menawarkan pada penggulungan kes mereka seorang saksi alibi bernama Fitria Binti Dipan tetapi menurut pengakuan mereka sendiri tidak dapat dikesan!”, katanya.

Selain pembantu rumah Hassanuddin, Suliati digugurkan saat-saat akhir, tiga lagi saksi yang sebelum ini turut disapina turut digugurkan.

Mereka adalah Yazihan Jusoh (jururawat di hospital swasta Pusrawi), Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka). Klik di sini dan sini dan sini

Seperti dijangkakan Anwar juga turut menggugurkan tiga saksi ‘alibi’, prof Arif, Hassanuddin dan Noor Sham daripada tampil sebagai saksi. Klik di sini

Dan akhirnya, Anwar hanya bertahan dengan 8 saksi serta menggugurkan hampir kesemuanya saksi-saksi yang telah ditemu ramah.
Kes Liwat II : Antara Dakwaan & Fakta

Kes Liwat Anwar : Pengakuan Bersumpah Muhamad Rahimi Osman


By AIDC • AIDCNews

Saturday, 26 November 2011

AIR MANI ANWAR DLM JUBUR SAIFUL, MAHKAMAH YANG SALAH

Taktik Anwar selamatkan diri

Oleh AZRAI MOHAMMAD
azrai.mohammad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini, disifatkan sebagai 'serangan awal' bagi menangkis apa jua keputusan mahkamah yang melibatkan perbicaraan kes liwatnya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tujuan Anwar itu adalah supaya masyarakat di dalam dan luar negara melihat beliau kononnya berada di pihak yang benar.

Malah, katanya, taktik menyelamatkan diri itu turut digunakan oleh parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya.

"Anwar memang bermasalah di mahkamah, jadi dia serang awal-awal. Kalau keputusan tidak memihak kepadanya nanti, maka dia pun beritahu apa yang dikatakannya itu adalah benar.

"Dalam pilihan raya pula, pembangkang tuduh proses pilihan raya berat sebelah, jadi apabila kalah, mereka akan kata bukan tidak mendapat sokongan rakyat tetapi pilihan raya yang tidak telus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan.

Anwar turut mendakwa, hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Menurut Zahrain, Anwar boleh dilabelkan sebagai penderhaka negara kerana tidak beretika dalam permainan berpolitik dengan membawa cerita-cerita pembohongan.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, Anwar memang sengaja memilih Indonesia kerana Ketua Pembangkang itu tahu sentimen kebencian di kalangan rakyat negara itu terhadap Malaysia memang sudah wujud.

"Dia pergi ke sana untuk menambah rasa kebencian itu demi kelangsungan politiknya yang telah luntur di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Sementara itu, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pula berkata, Anwar menunjukkan sikap 'cakap tak serupa bikin' kerana beliau sendiri telah memfailkan berpuluh-puluh kes menuntut ganti rugi di mahkamah yang dikatakan tidak bebas.

"Jika tidak puas hati, kenapa perlu failkan hingga berpuluh-puluh kes di mahkamah. Maksudnya dia masih percaya dengan sistem kehakiman

"Malah sebagai Ahli Parlimen, dia boleh gunakan Dewan Rakyat untuk membicarakan perkara ini, kenapa perlu pergi ke Indonesia?," ujarnya.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan pula berkata, Anwar perlu diberi amaran serta diambil tindakan tegas oleh mahkamah yang membicarakan kes beliau atas kritikannya itu.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan nama dan imej negara adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan memberi impak negatif kepada negara.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kenyataan memburukkan negara yang dilemparkan itu tidak selaras dengan falsafah dan tafsiran Perlembagaan Malaysia.

"Saya khuatir tindakan Anwar itu akan menjejaskan imej dan hubungan diplomatik negara yang telah dibina sejak merdeka," katanya.

Utusan

TEKSI WANITA, TAMPARAN HEBAT UTK PAS YANG MUNAFIK


Pemandu Teksi Wanita, Zaharah Abdul Rahman bergambar pada perasmian projek Teksi Wanita sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. -Foto dari Utusan
Salam kepada semua,

Dilaporkan di media mengenai kegelisahan penumpang teksi terutama kaum wanita berhubung keselamatan mereka sebelum ini mungkin akan berakhir dengan pelancaran projek 'Teksi Wanita'. Fasa perintis projek itu, dengan kerjasama ABEX Manufacturing Sdn Bhd, akan menyasarkan 400 teksi beroperasi secara 'on-call' di sekitar Lembah Klang secara berperingkat.

Setakat ini telah ada kira-kira 50 pemandu teksi wanita dan golongan wanita yang berminat untuk menceburi bidang ini, terutama suri rumah, ibu tunggal dan pesara amat digalakkan untuk menjadi pemandu Teksi Wanita tersebut.

Teksi itu akan dipandu oleh wanita dan bersedia memberi perkhidmatan kepada penumpang wanita yang bersendirian atau membawa anak agar mereka dapat menjalankan urusan harian dengan selesa serta lancar. Sehingga kini, terdapat tiga buah syarikat iaitu Destination Transport, Zalnas Sdn Bhd serta Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya yang boleh dihubungi bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Golongan wanita yang berminat membawa teksi menghubungi ABEX untuk keterangan lanjut dan latihan serta kursus akan diberikan. Projek ini juga secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan wanita bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah yang berpendapatan rendah. Penumpang boleh mengenal pasti teksi tersebut dengan stiker khas iaitu Teksi Wanita yang dilekatkan pada kenderaan.

Penumpang juga boleh menghubungi talian 03-80240507, 03-26926000 dan 03-88884020 untuk mendapatkan pemandu wanita.

Aakj

PERUTUSAN PERDANA MENTERI SEMPENA 1 MUHARRAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saudara dan saudari sekalian,

Hari ini,kita sedang menyambut Maal Hijrah 1433H bersamaan 2011M. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.

Begitulah juga kita. Jika kita tidak berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara, maka bangsa kita akan ketinggalan. Sebab itulah kita berhijrah dengan melaksanakan Agenda Transformasi Negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang terutama ekonomi.

Penghijrahan besar yang kita lakukan apabila memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjadikan negara terus aktif dan berdaya saing walaupun berdepan dengan krisis ekonomi global yang semakin mencabar. Bagi tahun ini, sejak Januari sehingga September, kadar pertumbuhan purata dicatatkan negara ialah 5.1 peratus manakala kadar pertumbuhan bagi suku ketiga tahun ini ialah sekitar 5.8 peratus.

Samada di peringkat Asia mahupun dunia, kita juga konsisten menyarankan pembentukan pergerakan kesederhanaan di peringkat global, hakikatnya kita telah merujuk kepada semangat ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Agenda penghijrahan ekonomi dan pembangunan negara selama ini telah membuktikan falsafah kesederhanaan dan keseimbangan ini adalah satu pencapaian hebat dan mesej dakwah Islamiah yang besar di tahap global.

Sesungguhnya roh dan perjalanan hijrah Rasulullah SAW begitu strategik hingga tercapainya al-falah dan tertegaknya Daulah Islamiah kerana ianya didukungi oleh kepaduan iman dan takwa. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu sehingga ke hari ini. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 100 yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Mengakhiri perutusan,saya dan seisi keluarga merakamkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat Islam Malaysia walau di mana jua berada. Marilah kita menyambutnya dalam suasana penuh kesyukuran dan keharmonian melalui kepelbagaian bangsa demi “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang menjadi tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

Wabillahit-Taufiik wal-Hidayah,Wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh.

sumber - http://www.1malaysia.com.my/

BAJET 2012 NEGERI KELANTAN DEFISIT, KERAJAAN KELANTAN MUFLIS

Kerajaan PAS KELANTAN yang kononnya begitu angkuh dan sombong apabila bercakap tentang pentadbiran, sebelum ini mendakwa bahawa pentadbiran merekalah paling Islamic dan paling berkesan.

Tetapi pada hakikat sebenarnya, mereka hanya pandai bercakap, tanpa mampu melaksanakan. Jika di lihat belanjawan kelantan, dijangka kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM513 juta berbanding hasil kerajaan negeri sejumlah RM430 juta. Bukankah itu defisit namanya? Sedangkan kerajaan PAS tidak menerangkan bagaimana lebihan perbelanjaan itu di perolehi. Takkan nak ambil hasil derma ceramah Mat SABU!

Nilaikanlah sendiri.


Pb: set beruk tu hanya pandai kecek jah!!!! Tuih!!!


SALAM HIJRAH, 1 Muharram

Oleh: Ann Rahim

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

KETUA PEMUDA PKR CABAR PERLEMBAGAAN

Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.

Tindakan oleh Sam ketot ini adalah seolah-olah satu cabaran kepada kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan negara. Manusia binatang ini sepatutnya dikurung bersama pasukan babi yang begitu taksub dengan ketua mereka, seolah Anwar Ibrahim itu begitu MAKSUM. Dua kesalahan yang Sam ketot lakukan :

1.Mencabar Perlembagaan Dan undang-undang tertinggi negara apabila cuba mencetuskan huru hara dengan cuba merancang perhimpunan haram.

2.Menghina keputusan Mahkamah sekiranya Mahkamah menjatuhkan hukuman tertentu kepada Anwar Ibrahim. Oleh sebab itu, beliau bertindak selangkah ke hadapan bagi menimbulkan persepsi negatif kepada mahkamah yang sedang membicarakan kes Liwat Anwar Saiful.

Manusia seperti ini adalah sejenis virus atau kanser yang perlu dibuang sebelum ia merebak merosakkan hati dan jiwa belia serta masyarakat negara ini.

Sepanjang pengamatan terhadap Sam Ketot ini, tak pernah dilihat satu usaha untuk membawa belia dan masyarakat ke arah kebaikan, tetapi makhluk ini sentiasa berusaha untuk menjadikan belia dan masyarakat sebagai alat untuk kepentingan politik Anwar semata.

Tetapi belia dan masyarakat dah buka mata, mereka sudah mengenali siapa Anwar Ibrahim Dan kerabatnya termasuk kawan-kawannya yang telah meninggal dunia akibat penyakit misteri.

Pb: Yahudi dan agennya ada di mana-mana!

BANJIR KELANTAN MASIH KRITIKAL

Lebih seribu masih dipusat pemindahan banjir di Kelantan

26/11/2011 10:52pm

KOTA BAHARU 26 Nov. - Keadaan banjir di Kelantan malam ini tidak banyak berubah namun menyaksikan penurunan jumlah mangsa pemindahan secara perlahan-lahan dan berperingkat kepada 1,603 orang berbanding 1,623 petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, sehingga malam ini, tiga daerah yang masih banjir ialah Kota Baharu, Pasir Mas dan Tumpat.

“Setakat malam ini, hanya terdapat 12 buah pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu sepuluh buah pusat di Pasir Mas dan masing-masing sebuah pusat di Kota Baharu dan Tumpat,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya 9 meter namun menunjukkan penurunan kepada 10.16 meter berbanding 10.19 meter petang tadi.

Selain itu, jurucakap berkenaan berkata, sehingga petang ini, lima laluan masih ditutup kepada semua kenderaan di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat. Laluan berkenaan ialah di Pasir Mas iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti; Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram; Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu; Jalan Banggol Kulim Lokasi 2; dan di Tumpat Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti. - Bernama

Friday, 25 November 2011

ORANG UMNO KEMBALILAH KPD FITRAH

MINGGU depan UMNO akan bersidang. Sekitar 5,500 perwakilan akan membanjiri ibu pejabat parti Melayu terbesar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mendengar amanat, nasihat, teguran, celoteh daripada pucuk kepemimpinan sehinggalah ke peringkat bawahan.

Perhimpunan ini juga menjadi satu pertemuan yang sangat penting, kerana selepas itu mungkin pilihan raya umum akan diadakan.

Sukar dinafikan, sesungguhnya UMNO masih lagi menjadi tulang belakang orang Melayu. Ia masih lagi menjadi tempat bergantung orang Melayu.

Ini kerana perjuangan parti-parti Melayu lain pun semakin tidak boleh diharap sangat untuk membela bangsa itu.

PKR, ialah parti yang tidak mempunyai perjuangan yang jelas. Ia hanya berjuang untuk kepentingan Anwar Ibrahim. Dulu Semangat 46 pun sama, berjuang untuk seorang individu, Tengku Razaleigh Hamzah. Parti itu hanya bertahan beberapa tahun sebelum para pemimpinnya ramai-ramai berpatah balik kepada UMNO.

Pas, sebuah parti Melayu yang konservatif juga tidak boleh diharapkan. Ia menjadi parti yang tidak tetap pendirian. Sekejap terlalu fundamental Islam, sekejap terlalu liberal Islam dan kini Pas dikatakan telah menjadi sebuah parti yang ultra-liberal.

Pas sudah menyimpang sama sekali daripada perjuangan asalnya – gara-gara terlalu terikut kepada pendirian liberal Anwar Ibrahim dan aliran ultra kiasu DAP.

Memang benar aliran ultra-liberalisme semakin berkembang di negara ini. Jika dulu ia bergerak secara senyap, kini kumpulan ini sudah berani ke hadapan. Difahamkan aliran itu ditanam oleh orientalis Barat dan disokong serta didana oleh kuasa-kuasa besar.

Menurut seorang pengkaji Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia, Dr. Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya ‘Liberal’ tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah.

Beliau yang menghabiskan hidupnya meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia dan menghasilkan tesis Ph.Dnya berkaitan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di republik itu menambah: “Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral al-Quran melalui metodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan ijtihad (penafsiran) terbuka.” (Baca: http://www.anwaraidc.com/?p=4702)

Tujuannya ialah untuk mencairkan aliran fundamental Islam. Pas secara sedar atau tidak sudah terjebak. Oleh itu Pas juga tidak boleh diharapkan.

Setakat ini hanya UMNO yang tinggal. UMNO masih beruntung kerana ia masih mendokong kerajaan negara ini dan menerajui sebuah parti perikatan yang terdiri daripada banyak parti komponen.

Ikut atas kertas, UMNO masih mendapat sokongan ramai orang Melayu.

Namun, adakah UMNO sendiri bergerak di atas landasan yang lurus?

Wawancara Mingguan Malaysia bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad Ahad lepas menceritakan mengenai UMNO dan orangnya.

Dr. Mahathir berkata UMNO perlu ditegur dari semasa ke semasa. Sebagai parti yang besar, benar ia memang patut ditegur. Landasan yang bengkuk harus diluruskan.

Apakah ahli-ahlinya, khusus para pemimpin parti itu masih berpegang kepada falsafah asal penubuhannya? Siapa sebenarnya orang UMNO sekarang? Ikhlaskah perjuangan ahli-ahli dan para pemimpin UMNO ini?

Mengapa masih kedengaran pergeseran di sana dan sini mahu merebut menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP)?

Apa hebat sangat mahu menjadi calon? Besarkah gaji seorang ADUN dan MP? Mengapa ada yang sudah berjawatan CEO dengan gaji berganda-ganda besar daripada elaun MP atau ADUN, pun sanggup juga melobi untuk menjadi calon?

Dalam usaha kerajaan mahu mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi, tinggi sangatkah gaji seorang ADUN dan MP yang mahu direbut itu?

Saya kurang faham mengapa masih berlaku perebutan. Orang itu tikam belakang orang ini dan orang itu. Cantas sana, cantas sini. Malah yang sudah menjadi calon sejak muda sehingga kini umur mencecah 70 tahun pun masih berangan-angan mahu menjadi calon?

Hebat sangatkah mahu menjadi calon?

Ingatlah UMNO ialah parti keramat orang Melayu. Perjuangannya ikhlas. Pejuang-pejuangnya dulu juga ikhlas. Ramai pejuangnya yang berada di merata cerok kampung dan desa akhirnya mati dalam kemiskinan.

Namun mereka puas. Puas kerana dapat melihat anak cucu mereka sekarang masih boleh hidup dengan aman dan makmur, walaupun tidak sekaya bangsa lain.

Kita masih mempunyai kuasa politik. Kuasa itulah yang satu-satunya yang kita ada. Pertahankanlah. Tanpa kuasa itu, orang Melayu akan hancur. Dengan penguasaan ekonomi pun lemah, ke mana kita hendak pergi?

Tapi sedarkah orang UMNO sekarang? Berpijak di bumikah orang UMNO? Merendah dirikah orang UMNO?

Ada yang berkata ramai orang UMNO kini terlalu extravagant. Bahasa Melayu bermaksud terlalu mewah. Mewah yang kadang-kala lain macam. Benarkah, kata-kata popular mengatakan orang UMNO ini kaya-raya belaka?

Kalau nak kaya masuk UMNO? Bagi saya itu subjektif. Dalam PKR, Pas dan DAP di negeri-negeri kuasaan mereka juga sedang merebut-rebut projek. Malah, lahapnya lebih dahsyat lagi.

Tapi jika mewah sekali pun perlukah ditunjuk-tunjuk? Jika ada kereta yang mahal-mahal tidak perlu tunjuk-tunjuk. Janganlah masing-masing berlumba membeli kereta mengikut trend.

Ada sahabat bergurau, pakaian perwakilan kaya yang datang ke persidangan, jika dikira dari kepala sehingga ke kaki boleh mencecah nilai puluhan ribu ringgit. Kain samping songket sutera tenunan benang emas boleh mencecah ribuan ringgit. Itu tidak kira cincin batu zamrud, jam tangan hinggalah ke kasutnya.

Orang dulu hanya memakai kain samping UMNO. Kain samping UMNO pada masa itu sudah menjadi jenama yang dikenali.

Kini, mungkin kerana peredaran zaman, kain samping pun sudah berubah. Ia sudah menjadi barangan mewah. Ahli yang miskin pakai yang murah, yang kaya pakai yang mahal.

Jika DAP mengekalkan baju dan seluar putihnya, begitu juga Gerakan - yang masing-masing mengikut pakaian PAP Singapura, mengapa UMNO tidak boleh mengekalkan identitinya semula?

UMNO perlu kekal pada sifat asalnya. Kembalilah kepada fitrah semangat perjuangannya. Biar merendah diri dan kerja keraslah demi rakyat. Tunjukkan keikhlasan yang ikhlas, bukan yang dibuat-buat.

Selamat bersidang.


Zaini Hassan

MELAYU JADI BARUA DAP, MASIH BODOH SOMBONG



Zul bongkar agenda jahat DAP
PENGUNGKAIAN Proklamasi-proklamasi Darurat oleh PM Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi semaunya Lim Kit Siang dan DAP,parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.

Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka darip[ada PAS dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi.Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.

Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR.

Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya,Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.


LKS dalang peristiwa berdarah!
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.


Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’.Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?Bacalah nahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu.Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita?Terpulang kepada kita..


Sanggahtokjanggut

Panas gua baca beb!!!

KEDAI MELAYU DI ROBOH, PUSAT URUT TUMBUH 300% DI SELANGOR!

Restoran 25 tahun akan diroboh

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusan.com.my

Rosseli Samsudin menunjukkan bekas tapak meter elektrik yang telah ditanggalkan oleh MBSA kelmarin.

SHAH ALAM 25 Nov. - Selepas 25 tahun mengusahakan restoran, Mohd. Rosseli Samsudin, 47, akhirnya terpaksa berputih mata apabila premisnya yang telah dibina dengan pelaburan yang sehingga kini mencecah RM300,000 itu diarah untuk dirobohkan semalam.

Restoran Nurul Tom Yam yang terletak di Jalan Kerjaya, Batu Tiga Lama di sini, diarah untuk dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling atas alasan dibina tanpa izin di atas tanah lesen pendudukan sementara (TOL).

Mohd. Rosseli mendakwa, sebelum ini operasi restoran tersebut berjalan lancar dan dia mendapat kebenaran memperbaharui TOL daripada PTD Petaling serta memperoleh lesen perniagaan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap tahun dan lesen terakhir diperbaharui pada 2007 dan tamat pada 2010.

Bagaimanapun dakwanya, pada 2011, secara tiba-tiba permohonan beliau untuk memperbaharui TOL tidak dibenarkan walaupun selepas rayuan dibuat beberapa kali dan ini menyebabkan MBSA tidak dapat mengeluarkan lesen perniagaan.

Kata beliau lagi, ekoran kegagalan memperbaharui TOL dan lesen menyebabkan perniagaannya terpaksa dijalankan secara tidak sah dan beliau telah menerima dua notis untuk menutup perniagaan pada Mac dan Mei lalu serta meroboh restorannya pada Selasa lalu dengan pelbagai alasan.

"Semua ini berlaku selepas pertukaran pemerintahan kerajaan negeri pada 2008, dan saya kesal kerana inilah satu-satunya punca pendapatan saya dan keluarga selain 25 pekerja yang terdiri daripada adik-beradik dan saudara-mara.

"Saya mengaku telah menerima tiga notis termasuk notis untuk meroboh pada Selasa lalu. Tetapi tidakkah pihak yang berkenaan terutama kerajaan negeri tiada budi bicara dengan mengambil kira prestasi perniagaan saya sebelum ini.

"Di manakah keadilan kerajaan negeri yang selama ini memperjuangkan hak rakyat sedangkan selama ini saya juga banyak menyumbang untuk masyarakat setempat yang dalam kesusahan termasuk semasa banjir besar melanda Shah Alam sebelum ini," ujarnya kepada pemberita di sini petang ini.

Sehubungan itu, Mohd. Rosseli meminta kerajaan negeri agar tidak menganaktirikan dirinya hanya kerana perbezaan politik sedangkan banyak lagi perniagaan yang didirikan secara tidak sah, tetapi kerana mereka daripada parti yang sama, perniagaan tidak terjejas.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Datuk Yahaya Bujang mendakwa, apa yang berlaku terhadap Mohd. Rosseli ini memang disebabkan perbezaan politik apatah lagi Mohd. Rosseli merupakan ahli jawatankuasa UMNO Bahagiannya.

"Memang dia jadi mangsa politik. Kalau tidak kenapa selama 25 tahun ini perniagaannya tidak menimbulkan masalah tetapi sekarang baru nak diroboh.

"Saya minta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco yang terlibat agar bersikap profesional dalam hal yang melibatkan rezeki rakyat. Bukankah mereka yang sepatutnya membantu peniaga seperti Mohd. Rosseli bukannya menindas," tegas beliau.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan berusaha membantu Mohd. Rosseli mencari tapak baru untuk memulakan semula perniagaannya.

Utusan


Pb: Bangsat DAP!!! bunuh melayu secara halus!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...